Sebagaimana maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan pengoperasian Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) secara berfasa yang merangkumi Modul Pengurusan Awam, Murid, Guru, Institusi dan Pentaksiran mulai 10 Januari 2023. Pelaksanaann MOEIS bertujuan memenuhi keperluan fungsi dan proses bisnes terkini KPM termasuk menaik taraf penggunaan teknologi sedia ada dalam usaha mempertingkatkan kecekapan dan tahap keselamatan siber di Kementerian.3. Walau bagaimanapun sejak MOEIS dilaksanakan, seringkali terdapat gangguan capaian kepada sistem aplikasi KPM. Inil adalah disebabkan jumlah capaian trafik yang sangat tinggi daripada pengguna.4.Sehubungan itu, bersama ini disertakan cadangan jadual giliran penggunaan sistem-sistem aplikasi KPM mengikut kluster tertentu. Ini dibuat bagi mengurangkan capaian serta beban penggunaan sistem pada masa tertentu dan selanjutnya bagi membolehkan tindakan membaikpulih yang sewajanya dilaksanakan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr./ Ts./ Tuan / Puan boleh menghantar email kepada alamat supportmoeis@moe.gov.my.
Berikut merupakan jadual giliran mengiku zon yang perlu diikuti supa tidak berlaku kesesakan capaian